Laman Utama
Rangkaian
Tiket & Tambang
Hubungi Kami
Perniagaan
Pengiklanan
Berita
Mengenai RapidKL
Pengurusan

 

 

Sertailah Kempen ”Naik Bas RapidKL, Simpan Tiket
dan Boleh Menang !” .

 

Hadiah BULANAN Wang Tunai yang Menarik

Hadiah Pertama (WANG TUNAI)
RM 8,888
Hadiah Kedua (WANG TUNAI)
RM 3,888
Hadiah Ketiga (WANG TUNAI)
RM 1,888
5 Hadiah Saguhati 
Kad Perjalanan Bulanan Bas RM 80
 
 
Bagaimana menyertai kempen:
   
1. Tempoh kempen ini adalah dari 16 Mac 2008 hingga 31 Mei 2008.
2.

Bagi melayakkan diri untuk kempen ini, anda perlu menyimpan semua tiket bas anda dari tempoh 16 Mac 2008 hingga 31 Mei 2008. Tiket-tiket tersebut harus disimpan dengan selamat, dan dalam keadaan yang rapi. Butir-butir yang terkandung di atas tiket-tiket tersebut perlu jelas, boleh dibaca dan tidak dicomotkan ataupun diubah.

3.
Padankan nombor MAC yang terkandung di dalam tiket-tiket anda dengan nombor MAC yang dipilih dan diumumkan.
4. Pemilihan nombor MAC akan diadakan pada 9 April 2008, 9 Mei 2008 dan 9 Jun 2008 . Keputusan pemilihan di atas akan diumumkan di akhbar-akhbar utama pada 16 April 2008, 16 Mei 2008 dan 16 Jun 2008.
5.
Para pemenang perlu menjawab satu soalan mengenai RapidKL. Segala keputusan RapidKL adalah muktamad.
   

Terma serta syarat kempen ini adalah seperti berikut:-

 
Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen:
(a)

Kempen “ Naik Bas RapidKL, Simpan Tiket dan Boleh Menang” RapidKL ("Kempen") bermula pada 16 Mac 2008 dan berakhir pada 31 Mei 2008.

(b) Kempen ini boleh disertai oleh semua pemegang tiket bas RapidKL sah yang dikeluarkan dari tempoh 16 Mac 2008 hingga 31 Mei 2008 ("Peserta")
(c)

Peserta yang memegang tiket bas yang sah bagi perjalanan dari 16 Mac 2008 hingga 31 Mac 2008 layak menyertai Kempen Bulan Mac, Peserta yang memegang tiket bas yang sah bagi perjalanan dari 1 April 2008 hingga 30 April 2008 layak menyertai Kempen Bulan April manakala Peserta yang memegang tiket bas yang sah bagi perjalanan dari 1 Mei 2008 hingga 31 Mei 2008 layak menyertai Kempen Bulan Mei DENGAN SYARAT Peserta bukan:-

  • Kakitangan RapidKL atau Pradonet ("Kakitangan")
  • Ahli keluarga terdekat Kakitangan
  • Kakitangan rakan kongsi, wakil dan/atau agen (termasuk juruaudit luaran, agensi pengiklan dan/atau promosi) RapidKL yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mengurus dan mengendalikan Kempen ini
(d) Bagi Kempen Mac, pihak RapidKL akan memilih 10 tiket berdasarkan formula matematik yang dipra-tetapkan ("No. MAC") dari sistemnya pada 9 April 2008, bagi Kempen Bulan April, pihak RapidKL akan memilih No. MAC pada 9 Mei 2008 dan bagi Kempen Bulan Mei, pihak RapidKL akan memilih No. MAC pada 9 Jun 2008. No. MAC ini akan diumumkan melalui akhbar-akhbar tempatan utama pada 16 April 2008 bagi Kempen Bulan Mac, 16 Mei 2008 bagi Kempen Bulan April dan 16 Jun 2008 bagi Kempen Bulan Mei. Maklumat in akan juga diumumkan di layaran web RapidKL (www.rapidkl.com.my) pada tarikh-tarikh yang berkenaan.
(e) Peserta-peserta yang memegang tiket bas yang mempunyai No MAC yang dicabut dari sistem RapidKL ("Tiket Dipadan") perlu mengunjungi pejabat RapidKL dengan Tiket Dipadan bagi pengesahan tiket sebelum pukul 5 petang pada atau sebelum 23 April 2008 bagi Kempen Bulan Mac, pada atau sebelum 23 Mei 2008 bagi Kempen Bulan April dan pada atau sebelum 23 Jun 2008 bagi Kempen Bulan Mei ("Tarikh Pengesahan"). Alamat pejabat RapidKL ialah No. 1, Jalan PJU 1A/46, Off Jalan Lapangan Terbang Subang , 47301 Petaling Jaya (sila panggil En. Sam di 03-7625 7788 samb. 1362 untuk membuat temujanji bagi pengesahan tiket).
(f) Hanya tiket bas yang asli dan sah akan diterima oleh RapidKL. Tiket-tiket yang difotostat, tidak disimpan dalam keadaan yang rapi (segala butir yang terkandung di dalam tiket perlu jelas), koyak, comot atau diubah akan ditolak oleh RapidKL. RapidKL juga akan menolak tiket-tiket yang dipercayai ataupun disyak palsu. Keputusan pihak RapidKL adalah muktamad. Peserta hanya layak memenangi Kempen ini sekali dalam sebulan.
(g) Setelah Tiket Dipadan disahkan dan diterima oleh RapidKL, para Peserta perlu mengisi Borang Soalan Kempen ("Borang SK"), dimana para Peserta dikehendaki menjawab soalan-soalan yang diberikan. Ini akan disusuli oleh pemilihan pemenang hadiah pertama, kedua dan ketiga. Selain daripada itu, sebanyak 7 hadiah saguhati juga ditawarkan.
(h) Pemenang di kalangan Peserta akan diputuskan oleh pihak RapidKL dalam tempoh tiga (3) bulan dari Tarikh Pengesahan, keputusan yang dibuat adalah muktamad. Sebarang aduan atau surat berkenaan dengan keputusan yang dibuat tidak akan dilayan. RapidKL berhak mencetak dan/atau mengumumkan segala bahan dan/atau butir para Pemenang (termasuk gambar) bagi tujuan pengiklanan dan publisiti.
(i) Para Pemenang boleh menuntut hadiah-hadiah mereka dari pejabat RapidKL (sila rujuk (e) bagi alamat) atau daripada tempat-tempat lain seperti yang ditetapkan oleh pihak RapidKL dari masa ke semasa.
(j) Para Pemenang bertanggungjawab menyelesaikan segala cukai, yuran atau bayaran-bayaran lain yang mungkin dikenakan oleh pihak Kerajaan atau pihak berkuasa yang lain disebabkan oleh penerimaan hadiah dibawah Kempen ini.
(k) RapidKL berhak mengubah mana-mana terma dan syarat atau melanjutkan, memendekkan atau menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis pendahuluan, dan bagi menolak atau menyahsahkan penyertaan Kempen ini. RapidKL tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, tuntutan, dakwaan atau kerosakan yang ditanggung oleh para Peserta dan/atau Pemenang atau salah seorang daripada mereka melalui Kempen ini.
(l) RapidKL mempunyai hak penuh bagi menolak kelayakan Peserta tanpa memberi sebarang sebab.
(m) RapidKL mempunyai hak penuh bagi mengubah Terma-terma serta Syarat-syarat yang terkandung di sini, samada secara menyeluruh atau sebahagian sahaja.
(n) Sekiranya terdapat percanggahan, kesilapan atau kekeliruan di antara Terma-terma dan Syarat-syarat versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysai, versi Bahasa Inggeris akan dirujuk.
 

 


- Atas -

 
Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras (RAPID KL) - 660779-D
No.1 Jalan PJU 1A/46, Off Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
47301 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 603-7650 7788 Fax: 603-7625 6669