Laman Utama
Rangkaian
Tiket & Tambang
Hubungi Kami
Perniagaan
Pengiklanan
Berita
Mengenai RapidKL
Pengurusan


TAMBANG
> Tambang Konsesi untuk Perkhidmatan Rel RapidKL

Tambang Konsesi untuk Perkhidmatan Rel RapidKL hanya layak digunakan oleh golongan kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila mereka mempamerkan kad-kad mereka semasa membeli tiket.

Kategori-kategori kurang upaya yang dibenarkan untuk membayar tambang konsesi mengikut klasifikasi kad JKM:

  • Penglihatan
  • Pendengaran
  • Fizikal
  • Masalah Pembelajaran ('Down Syndrome', 'Dyslexia', Autisme, Terencat Akal)
  • 'Cerebral Palsy'
  • Lain-lain (mempunyai lebih dari satu jenis kecacatan)

Berikut adalah Jadual Tambang Konsesi untuk perkhidmatan Rel RapidKL:

Tiket

Tambang Biasa

Tambang Konsesi

Rel - Perjalanan Sehala

Dari RM0.70 - RM2.80

Dari RM0.30 - RM1.40

 

Tempat Permohonan

Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh dipohon di :

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tingkat 9, Grand Seasons Hotel
No.72, Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur (Lembah Kelang)
Tel : 03 - 4044 1188
Fax : 03 - 4042 8185

 * Tambang konsesi tidak boleh dibayar menggunakan kad-kad Touch 'n Go dan Tiket Nilai Simpanan (SVT)

 

- Atas -


 
Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras (RAPID KL) - 660779-D
No.1 Jalan PJU 1A/46, Off Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
47301 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 603-7650 7788 Fax: 603-7625 6669