|
Nazril, pemenang hadiah Simpan & Menang RapidKL bagi bulan Mei 2008

Suffian (kiri) menyampaikan ‘mock cheque’ kepada Nazril (kanan)
PETALING JAYA, 22 Julai 2008 – Mohd Nazril Harun, 28 tahun, memenangi hadiah pertama Peraduan Simpan & Menang bagi bulan Mei 2008 anjuran Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL).
Majlis ringkas penyampaian hadiah kepada Nazril telah diadakan pada 16 Julai 2008 bertempat di Hab Bas KL Sentral. Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RapidKL, Suffian Baharuddin. Peraduan Simpan & Menang ini diadakan bagi cabutan tiket bas RapidKL untuk bulan Mac, April dan Mei 2008.
Nazril yang membawa pulang wang RM8,888.00 berhasrat untuk menyimpan sementara wang yang dimenanginya sebelum memutuskan bagaimana duit tersebut akan digunakan.
“Saya mula mengumpul tiket bas RapidKL sejak peraduan tersebut diadakan pada tahun lepas. Saya bersyukur kerana akhirnya rezeki menyebelahi saya kali ini,” katanya.
Menceritakan pengalaman beliau menggunakan perkhidmatan bas RapidKL setiap hari dari kediaman di Desa Pandan ke tempat kerja di Jalan Sultan Ismail, Nazril berkata beliau amat berpuashati dengan perkhidmatan bas RapidKL cuma tidak berapa senang dengan sikap penumpang yang tidak masuk ke belakang menyebabkan bas penuh di hadapan, menyukarkan penumpang lain untuk menaiki bas.
Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah menjelaskan siri pertama Peraduan Simpan & Menang ini telah diadakan pada tahun 2007, yang lebih merupakan kempen menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-50. Miss Joanne telah memenangi Hadiah Utama wang RM8,888.00 bagi cabutan bulan Julai 2007.
“Peraduan ini diadakan bagi menghargai penumpang setia bas RapidKL dan menggalakkan lebih ramai komuter menggunakan perkhidmatan kami yang menjimatkan,” jelasnya.
Notes to
Editors:
Rangkaian Pengangkutan
Integrasi Deras Sdn. Bhd (RapidKL), a wholly owned company under the
Minister of Finance Incorporated is tasked in providing an integrated public
transport system in the Klang Valley incorporating rail and bus services.
Incorporated in July 2004 and operational since November the same year,
RapidKL today transports approximately 4 million passengers weekly: 2.1
million on the Ampang Line and Kelana Jaya Line and 1.9 million on the bus
system. Rapid KL provides services across 48 rail stations and 165 bus
routes.
Dikeluarkan oleh: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL)
1 Jalan PJU 1A/46
Off Jalan Lapangan
Terbang Subang
47301 Petaling Jaya,
Selangor
Malaysia
Tel : 603 7650 7788
Fax: 603 7625 6667
URL: www.rapidkl.com.my
Untuk maklumat lanjut, rakan media boleh menghubungi:
Ms.Chellam Vasudevan (60) 3 7650 7788
mkchellam@lrt.rapidkl.com.my
|