PEMENANG HADIAH PERTAMA MEMBAWA PULANG RM 8888 DARI KEMPEN ‘NAIK BAS, SIMPAN TIKET DAN BOLEH MENANG’ RAPIDKL
Khamis, 23hb Ogos 2007 – Joanne Chan pada mulanya tidak mempercayai nasib beliau apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah pertama kempen “Naik Bas, Simpan Tiket dan Menang”. Sebagai pemenang utama cabutan bulan Julai, Joanne membawa pulang RM 8888.
Joanne yang akan memasuki perjawatan baru tidak lama lagi, berkata wang tunai ini adalah amat berguna pada masa ini. Mengikut Joanne, kemenangan ini akan disambut dengan membelanja makan untuk ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan. Beliau juga berkata, kebanyakan ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan tidak mempercayai kempen-kempen sebegini, namun Joanne telah membuktikan yang sebaliknya.
Nombor-nombor bertuah untuk cabutan bulan Ogos pula akan dipilih pada 7hb September dan diumumkan di dalam surat khabar tempatan pada 13hb September.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web RapidKL: www.rapidkl.com.my atau sila hubungi 03-7625 6999. |