| Kenyataan Media | ![]() |
|
RapidKL dan KLfm jalin kerjasama untuk manfaat orang ramai Petaling Jaya, 08 Ogos 2008: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) dan KLfm menjalin kerjasama dalam penyiaran maklumat berkaitan perkhidmatan RapidKL. Ia selari dengan usaha RapidKL dan KLfm untuk memberi maklumat kepada orang ramai. Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah berkata KLfm menjadi pilihan RapidKL kerana stesen radio itu adalah khusus untuk warga Lembah Klang. Kerjasama yang pertama seumpamanya ini adalah bagi tempoh lima bulan iaitu mulai bulan Julai sehingga November 2008. “RapidKL akan memberi maklumat perkhidmatan LRT dan bas melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan Bicara Mingguan yang mana pihak pengurusan kanan RapidKL menjadi tetamu dalam program tersebut,” katanya. Butiran lanjut program adalah seperti berikut:
Melalui kerjasama ini juga, KLfm dengan motto “Rentak Interaktif Kota” telah mengiklan di bas RapidKL mulai bulan Jun sehingga November 2008 sebagai sebahagian dari kempen promosi stesen radio tersebut.
Notes to Editors: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd (RapidKL), a wholly owned company under the Minister of Finance Incorporated is tasked in providing an integrated public transport system in the Klang Valley incorporating rail and bus services. Incorporated in July 2004 and operational since November the same year, RapidKL today transports approximately 4 million passengers weekly: 2.1 million on the Ampang Line and Kelana Jaya Line and 1.9 million on the bus system. Rapid KL provides services across 48 rail stations and 165 bus routes.
Dikeluarkan oleh: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) 1 Jalan PJU 1A/46 Off Jalan Lapangan Terbang Subang 47301 Petaling Jaya, Selangor Malaysia
Tel : 603 7650 7788 Fax: 603 7625 6667 URL: www.rapidkl.com.my
Untuk maklumat lanjut, rakan media boleh menghubungi:
|