Laman Utama
Rangkaian
Tiket & Tambang
Hubungi Kami
Perniagaan
Pengiklanan
Berita
Mengenai RapidKL
Pihak Pengurusan
 
 
 
 

 


KERJAYA

Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RAPID KL) merupakan sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk mengendalikan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang yang merangkumi perkhidmatan tren dan bas. Selaras dengan perkembangan ini, kami mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berwibawa dan dinamik untuk menjadi ahli syarikat kami.

JURUTEKNIK

Divisyen :
Kejuruteraan, SBU Rel

 

Kelayakan & Pengalaman

  • Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya Sijil Profesional/Lanjutan/Peringkat Tinggi/Lulusan Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik/Elektrik atau setaraf.
  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang bagus dan kecekapan berinteraksi.
  • Boleh bekerja tanpa pengawasan dan berminat untuk mempelajari sesuatu yang baru.
  • Rajin bekerja dan sanggup bekerja lebih masa jika perlu.
  • Graduan lepasan IPTA/IPTS digalakkan untuk memohon.

 

Skop kerja dan Tanggungjawab

  • Bertanggungjawab keatas analisa berkesan kegagalan tren, penyelesaian masalah, membangun dan melaksanakan kaedah sedia ada, baru atau yang lebih baik untuk sistem elektrik dan elektronik, demi mencapai objektif Bahagian Kejuruteraan SBU Rel dan untuk mempromosi peranan Bahagian Kejuruteraan sebagai ‘Rakan Niaga’ Bahagian Operasi dan Bahagian/Jabatan lain ke arah mencapai objektif strategi SBU Rel.


 

Calon-calon yang berkelayakan dipelawa untuk memohon dengan menghantar resume yang lengkap bersama salinan sijil yang berkaitan dan sekeping gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) ke alamat :-

Pengurus Besar
Bahagian Sumber Manusia
RAPID KL
No. 1, Jalan PJU 1A/46
Off Jalan Lapangan Terbang Subang
47301 Petaling Jaya
Selangor D.E

Faks : 03 - 7625 6664

emel :
recruitment@lrt.rapidkl.com.my

Hanya calon yang disenaraipendek akan dihubungi untuk temuduga.


- Atas -


 
Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras (RAPID KL) - 660779-D
No.1 Jalan PJU 1A/46, Off Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
47301 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 603-7650 7788 Fax: 603-7625 6667